Friday, 19 July 2013

Soal Selidik Sarana Sekolah Julai 2013




Pihak sekolah dikehendaki mengedarkan borang soal selidik Sarana dengan segera. Untuk makluman semua ibu bapa, bagi bulan Julai ini, borang soal selidik terdapat didalam versi baharu dan berbeza dengan versi bulan Februari lalu.

Oleh yang demikian,
Borang Soal Selidik Sarana Julai sedang diedar kepada 30% bilangan ibu bapa.

Bagi ibu bapa yang ingin melengkapkan soal selidik ini, bolehlah memuat turun daripada link dibawah. Keprihatinan tuan / puan amatlah kami hargai.


  • Borang soal selidik Sarana Julai 2013 (Baru)


Diharap bagi ibu bapa yang mendapat borang soal selidik dapatlah melengkapkan segera semua item yang dikehendaki bagi tujuan analisis.

Semua data tersebut akan dimasukkan kedalam laman web dan dihantar ke PPD Pasir Gudang.

Sekian, Terima Kasih.

Tuesday, 26 March 2013

Sarana Sekolah & Sarana Ibu Bapa




Untuk makluman semua ibu bapa,

Menerusi Pelan Pembanggunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, satu program yang dipanggil SARANA Sekolah dan Ibu Bapa telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.

Program Sarana ini akan lebih melibatkan ibu bapa didalam membantu sekolah untuk meningkatkan prestasi murid dalam pelbagai bidang. Program ini juga menggalakkan ibu bapa untuk turut serta menjayakan pelbagai program yang diatur sekolah demi kejayaan bersama.

Untuk maklumat lanjut, tuan puan bolehlah MEMUAT TURUN dokumen sarana dibawah:



Borang soal selidik berkaitan Sarana akan diedarkan didalam masa terdekat. Dan diharap semua ibu bapa dapat melengkapkan borang tersebut didalam masa yang ditetapkan.

Sekian terima kasih.


Wednesday, 25 April 2012

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 (2012/13)

Seperti surat makluman dan jemputan mesyuarat yang telah diedarkan pada tuan / puan AJK PIBG SK Sungai Tiram pada 24 April 2012.

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 Sesi 2012/2013
akan diadakan pada:


Tarikh    : 3 Mei 2012
Hari        : Khamis
Masa     : 1.45 petang
Tempat  : Bilik Gerakan SK Sungai Tiram


Agenda  :

  1. Ucapan YDP
  2. Ucapan Penasihat
  3. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali-1
  4. Perkara Berbangkit
  5. Perbentangan Kewangan
  6. Perbentangan Kedai Buku PIBG
  7. Hal-Hal Lain
  8. Ucapan Penutup


Semua AJK diminta untuk hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan bagi memastikan mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya.

Makanan istimewa disediakan.

Sekian, Terima Kasih

-SU PIBG SKST PG-

Friday, 16 March 2012

Kedai Buku Akan Ditutup

Makluman kepada semua,
Kedai Buku PIBG SK Sungai Tiram akan ditutup diatas sebab-sebab tertentu selepas cuti sekolah bulan Mac ini (mulai 19 Mac 2012).

Kedai Buku akan menjalankan proses kemaskini stok dan pengiraan aset bagi memudahkan urusan penukaran milik pada masa terdekat nanti.

Kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru, segala jual beli akan dihentikan serta merta. Sila dapatkan keperluan bagi anak-anak anda dari luar sekolah.

Segala tender akan dibuka melalui PPD.

Ucapan terima kasih buat En. Johari Bin Jantan dan Pn. Fauzi Bte Ibrahim yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan Kedai Buku PIBG terus berkembang dan maju seperti sekarang. Jasa dan kudrat tuan/puan tidaklah sia-sia, namun akan dibalas Allah jua.

Kedai Buku PIBG telah sekian lama menjadi nadi kewangan kepada PIBG sekolah sehingga dapat menjanakan keuntungan berpuluh ribu hasil jualan buku saban tahun. Hasil keuntungan tersebut telah membolehkan PIBG menyumbang beribu-ribu ringgit kepada sekolah bagi program yang dianjurkan sepanjang tahun. Banyak kemudahan dan kebaikan yang telah dikecapi hasil dari jualan Kedai Buku PIBG.

Kedai Buku PIBG juga telah dapat merapatkan silaturahim antara AJK PIBG sendiri, guru-guru dan ibu bapa. Dimana kita semua bersatu padu dalam memastikan Kedai Buku beroperasi selancar mungkin terutama semasa jualan buku pada akhir dan awal tahun persekolahan.

Semoga PIBG dapat lagi memberikan sumbangan kepada sekolah walaupun punca pendapatan PIBG sudahpun terhad.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 29 February 2012

Makluman Yuran PIBG Bermula 2012

Assalamualaikum,



Makluman kepada warga ibu bapa murid SK Sungai Tiram,
Pada Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33 yang lalu, pihak Ahli Jawatankuasa PIBG bersama ibu bapa telah bersetuju untuk menaikkan yuran sumbangan PIBG daripada RM 10/sekeluarga kepada RM 20/sekeluarga.

Manakala, yuran komputer sekolah masih dikekalkan RM 20/seorang. Yuran komputer ini dikutip bagi tujuan pembaikan, penstrukturan semula, penambahbaikan dan pengisian pelbagai program berasaskan komputer bagi kegunaan murid-murid di sekolah ini. Setiap murid akan dapat merasai proses Pembelajaran dan Pengajaran berasaskan IT dengan lebih kerap lagi.

Bagi murid tahun 6, tambahan RM 50 untuk program kecemerlangan UPSR juga akan dikutip demi memudahkan pengurusan program-program bagi murid-murid yang bakal menduduki UPSR bagi tahun 2012 ini. Pelbagai program telah dirancangkan oleh pihak sekolah demi untuk kejayaan murid-murid. Tambahan pula, pada tahun 2012 ini, murid tahun 6 telah bertambah kepada 200 orang dan telah dipecahkan kepada 6 kelas. Jadi, dengan murid yang ramai ini, program-program yang bersesuaian dengan pencapaian murid akan diterapkan sepanjang tahun ini.

Dengan kenaikan yuran mulai tahun ini, pihak PIBG akan cuba berusaha untuk meningkatkan juga kualiti dan mempelbagaikan lagi program yang dapat memberikan faedah untuk anak-anak di SK Sungai Tiram. Segala sumbangan tuan / puan akan digunakan sebaik-baiknya demi kecemerlangan sekolah ini.

Harapan kami, agar peratus pembayar sumbangan PIBG dapat meningkat daripada 75% pada tahun 2011 kepada 100% mulai tahun ini. Sumbangan tuan / puan penting demi mencorakkan perancangan PIBG bagi tahun ini demi kebaikan anak-anak.

Sekian, terima kasih.

Monday, 27 February 2012

Baju Korporat PIBG SKST 2012/2013


Demi mengenang jasa dan membalas sumbangan ahli PIBG SK Sungai Tiram, setiap dua tahun sekali, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sungai Tiram akan menempah baju korporat baru bagi AJK PIBG.

Baju Korporat seperti diatas adalah untuk AJK lelaki, manakala AJK wanita pula memilih untuk membeli kain ela bertemakan Oren/Putih untuk dijadikan baju kurung / baju batik.

Untuk sesi 2012/2013 ini, PIBG SK Sungai Tiram telah memilih tema Oren/Hitam bagi menggantikan tema Hijau/Hitam pada sesi 2010/2011 yang lalu.

Diharap selepas ini, AJK PIBG akan lebih bersemangat dalam berusaha untuk memajukan lagi SK Sungai Tiram ini.

Sekian, terima kasih.

Sunday, 26 February 2012

Terima Kasih


Alhamdulillah, dengan izin ALLAH Mesyuarat Agung PIBG 2012 telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru - guru yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 yang berlangsung pada Sabtu, 25 Februari 2012 yang lalu.

Pelbagai agenda dan perancangan telah dapat dibincangkan secara bermesyuarah dan sepakat diantara semua ahli yang hadir. InsyaALLAH, pihak AJK PIBG akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tuan / puan, mengotakan segala usul yang diterima, merancang pelbagai program untuk anak-anak dan menjadikan sekolah SK Sungai Tiram, Pasir Gudang antara sekolah terbaik di daerah ini dan di Johor amnya.

Terima kasih kepada semua guru - guru yang bertungkus lumus untuk menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Semoga segala pengorbanan dan kudrat tuan / puan dibalas oleh ALLAH sebaik-baiknya.

Pihak PIBG juga ingin memohon maaf diatas kelemahan, kekurangan dan kekhilafan yang ada sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Akhir kata, tahniah kepada semua. InsyaAllah, berjumpa kita lagi didalam program PIBG akan datang.