Kedai Buku PIBG SK Sungai Tiram akan ditutup diatas sebab-sebab tertentu selepas cuti sekolah bulan Mac ini (mulai 19 Mac 2012).
Kedai Buku akan menjalankan proses kemaskini stok dan pengiraan aset bagi memudahkan urusan penukaran milik pada masa terdekat nanti.
Kepada murid-murid, ibubapa dan guru-guru, segala jual beli akan dihentikan serta merta. Sila dapatkan keperluan bagi anak-anak anda dari luar sekolah.
Segala tender akan dibuka melalui PPD.
Ucapan terima kasih buat En. Johari Bin Jantan dan Pn. Fauzi Bte Ibrahim yang telah banyak menyumbangkan masa, tenaga dan wang ringgit demi memastikan Kedai Buku PIBG terus berkembang dan maju seperti sekarang. Jasa dan kudrat tuan/puan tidaklah sia-sia, namun akan dibalas Allah jua.
Kedai Buku PIBG telah sekian lama menjadi nadi kewangan kepada PIBG sekolah sehingga dapat menjanakan keuntungan berpuluh ribu hasil jualan buku saban tahun. Hasil keuntungan tersebut telah membolehkan PIBG menyumbang beribu-ribu ringgit kepada sekolah bagi program yang dianjurkan sepanjang tahun. Banyak kemudahan dan kebaikan yang telah dikecapi hasil dari jualan Kedai Buku PIBG.
Kedai Buku PIBG juga telah dapat merapatkan silaturahim antara AJK PIBG sendiri, guru-guru dan ibu bapa. Dimana kita semua bersatu padu dalam memastikan Kedai Buku beroperasi selancar mungkin terutama semasa jualan buku pada akhir dan awal tahun persekolahan.
Semoga PIBG dapat lagi memberikan sumbangan kepada sekolah walaupun punca pendapatan PIBG sudahpun terhad.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment